welCOme....


TRAPHY : INTRA NOSTRIL BREATHING.

Teknik Intra Nostril Breathing

Pagi ini kita akan melakukan satu sesi relaksasi yang mana ianya bertujuan untuk memberikan ketenangan pada minda anda. Untuk memastikan sesi ini berjaya anda perlul mengikuti arahan yang diberikan dengan sebaiknya. Pertama sekali, ketepikan semua gangguan, masalah yang sering menghantui hidup anda, hilangkan ia untuk seketika ini. Biarkan diri anda sahaja ketika ini.

Mulakan latihan ini dengan membiarkan diri anda duduk dalam keadaan selesa yang boleh menyebabkan anda berada dalam keadaan yang betul-betul relax. Tarik nafas secara perlahan dan mendalam melalui hidung. Pejamkan mata anda perlahan-lahan.

Mulakan dengan ibu jari kanan dan jejari atas hidung dan hembuskan nafas. Tempatkan lidah anda pada lelangit pada belakang gigi hadapan.

Gunakan ibu jari dan tutupkan lubang hidung sebelah kanan. Kemudian sedut nafas melalui lubang hidung sebelah kiri dengan mengira satu sampai empat.

Dengan menutup lubang hidung sebelah kanan, kepitkan jejari anda pada lubang hidung sebelah kiri. Tahan nafas dan bilang 1 sehingga 16. (sekiranya anda tidak pernah melakukan mana-mana latihan pernafasan, kiraan 16 adalah terlalu lama buat anda. Dalam kes ini kurangkan kiraan ataupun kira dengan cepat . Dengan latihan yang tekun , anda akan dapat meningkatkan kemampuan untuk menahan nafas dalam jangkamasa yang cukup lama.)

Lepaskan ibu jari anda, buka lubang hidung sebelah kanan. Tutup lubang hidung sebelah kiri. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan lapan.

Lepaskan hidung, naikkan tangan kiri dan dengan ibu jari, tutupkan lubang hidung sebelah kiri. Hirup nafas melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan 4 dan kemudian kepitkan jejari anda untuk menutup lubang hidung sebelah kanan. Tahan nafas dengan kiraan 16.

Lepaskan ibu jari dan lubang hidung sebelah kiri. Terus kepitkan lubang hidung sebelah kanan. Hembuskan pada kiraan 8 dengan perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kiri.

Ulang dengan 4 atau 5 pernafasan. Bernafas dengan satu lubang hidung , tahan dan hembus keluar pada lubang hidung yang sebelah lagi. Tukar pula pernafasan melalui lubang hidung yang berlainan. Ini dapat melegakan badan kita dan melegakan aura kita dengan mendapat tenaga yang cepat.

Untuk lebih berkesan gunakan musik latar yang berunsurkan "relaxing music"

No comments:

Post a Comment