welCOme....


NOTICE

salam...sini ade 1 pemgumuman...sejak akhir2 nieh out teramat bz dgn aktivi n keje2 yang out buat..mlm2 trawikh..so masa2 yang free out guna utk rehat..blog neh out akan masuk kn bhn2 baru..bnyak bhn yang uot dah kumpul ttg medic n resq outdoor..so nnt lapang2 bleh la kalau sesape nak baca..bhn neh baru..out dpt modul dr sngapore..n 1 more pasal camera..ade la koleksi n skill yang out akn masukkan..anyway thank yang support blog neh..slm ramadan n slamat berpuasa..nak berhubung lg ym jer.. hearts2kill@rocketmail.com

Read more

PETUA

Asma/semput
Barah
Batuk lelah
Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Sakit Hati
Penawar Resdong
Demam Panas
Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)
Hidung berdarah
Berak Darah
Menurunkan Darah Tinggi
Melawaskan kencing.
Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Hilangkan Sakit Kepala
Darah Tinggi

1. Asma/semput-Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.-Daun ekor kucing dan sedikit kapur makan diramas sehingga keluar air dan digosokkan pada belakang dan dada pesakit asma.

2. Barah-Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.-rebus daun pecah beling dan minum sebanyak 3 kali sehari,rasanya tidaklah pahit seperti minum teh o tanpa gula.

3. Batuk lelah-Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.-Amalkan minum air madu lebah yang di campur dengan air suam.

4. Mengurangkan Masalah Darah Tinggi-Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.-minum air rebusan daun pecah beling yang terbukti banyak khasiat.Rasanya tidak pahit.

5. Sakit HatiBawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

6. Penawar ResdongPenyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Mengamalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya. Lakukan ini setiap kali mengambil wuduk atau pun sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja. Amal kesannya sungguh menakjubkan.Jika rasa gatal pada mata atau wajah ambil tuala basahkan dengan air suam dan tekap pada wajah untuk medakan kegatalan jangan di garu nanti bertambah parah.

7. Demam Panas -Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.-ambil daun bunga raya dan 7 butir beras dan sedikit air diramassehingga keluar lendir dan selawat sebanyak 11 kali dan sapu pada kepala ,perut atau jaram/sapu seluruh badan.Ulang sehingga panas berkurangan.peringatan jangan jaram/sapu masa matahari naik (12.00-2.00 tengahari). Seeloknya waktu pagi atau malam.

8. Gegata (bengkak-bengkak dan gatal)Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

9. Hidung berdarahDaun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

10. Berak DarahAkar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

11. Menurunkan Darah TinggiAmbil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

12. Melawaskan kencingAmbil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

13. Terkena atau Terpijak Paku BerkaratAmbil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

14. Hilangkan Sakit KepalaAmbil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.

15. Darah TinggiUntuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.
Read more

PAKEJ

Read more

PAKEJ

Read more

MY XTVT : xpdtion 3d2n whaler

salam..17 0gos yang lepas aku dan beberapa rakan dari singapore international airline telah melakukan ekspidisi whaler sejenis kapal layar yang klasik..whaler yang dinaiki lebih kurang 12 orang telah berlepas dari outward bound school pada jam 8 pagi.memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan..macam2 terjadi dari awal hingga la hari terakhir.cuma aku jer tak sempat nak rakam bnyak gmbr..
pada hari pertama..aku ditugaskan sebagai kaptain..oars adalah orang yang mendayung.......shift rowlock....shift oars....ai2 kaptain jerit anak kapal aku...redy to give way togheter...deep 1!!! sehingga lah keluar dari pelabuhan..seterusnya di open sea angin bertiup pukul 9. aku menggunakkan ilmu yang diajar untuk instructor untuk membuat tackking..berjaya..kapal berlayar dengan penuh kelajuan..bnyak aku dapat pengalaman dari xpdc ini..cara nak tacking angin..sampai whaler nak terbalik pon ade..memang mencemaskan..
kami sampai di pulau rumbia..kehadiran kami disambut mesra oleh sekumpulan babi yang agak jinak seakan2 kambing..aku heran macam mana babi ini bleh berhijrah begitu jauh dari daratan..selepas naik ke pantai aku memasang hammock untuk tidur malam dan memancing untuk mendapatkan makanan..mandi?? jangan di tanya..xde sumber air tawar untuk aku mandi dan kesudahannya aku tak mandi sehingga ke pagi..kejinakkan babi kat pulau ni terserlah apabila waktu malam..sedap2 aku tido relax jer datang kat bawah hammock teman aku tido..sampai la pagi..buat unggun api pon xlayan mungkin sebab babi neh pon nak dapatkan haba dari api..hari ke 2 mmg paling mencabar..laut agak begelora..angin pun kencang..sekali lagi tugas aku sebagai kapten diuji..whaler yang kami naiki beberapa kali nak tebalik..susah nak buat tackking kerana angin yang datang pukul 11 bertiup dari utara..hasil kerjasama rakan2 kami berjaya sampai walaupon terpaksa mengubah laluan sebenar untuk ke pantai syawal..setelah sampai..masak dan makan..aku tidak melepaskan peluang untuk mandi air perigi..sejuk...bnyak lagi benda yang aku buat dan taktahu macam mane nak cerita..pasang hammock untuk tido..bila air pasang habis sandal aku di hanyutkan air..sedih...tidur malam beselimutkan pasir dan hujan..pengalaman yang x dapat aku lupakan..dan lg 1 kulit memang terbakar tahap rentung..
Read more

MY LENSE

Read more

SKILL FOTOGRAPHER ilmu baru

salam...hari nih aku rasa amat bertuah dan gembira sebab aku telah berjumpa dengan seseorang yang dianggap otai dalam fotographer..respect giler..mr rabani..seorang lelaki yang terlibat dalam advanture fotographer..tak ramai fotographer dalam adventure neh..kebanyakkan fotographer lebih memfokuskan kerjaya atau lens mereka terhadap pasangan yang berkhawin..tp lain pulak abang rani nih..abg rani nih penah terlibat dalam asgment untuk national geografi..dan aku penah tgok sendiri hasil2 gambar dan jugak gajet yang digunakan untuk fotography.
gmbr2 neh hasil bimbingan abg rani..mesti ckp xcantik atau korang pon bleh buat..mmg xdapat nak dinafikan gambar yang ada neh x cantik atau lawa..bah cempedak luar pagar..amik galah tolong jolokkan..so aku angap neh permulaan untuk aku perbaiki mutu2 gambar yang aku akan shoot selepas ni bedasarkan ape yang telah diperturunkan oleh sifoo2 atau pon master2 lens kepada aku..abg rani mmg bgs sebab bnyak tolong sampaikan tlg ajar untuk menggunakan software bg melakukan kerja2 menaiktaraf sesuatu gambar., mod yang sesuai,cara atau pon angle...thank abg rani..bg penggemar atau pon baru nak berjinak2 kita bleh share..kalau xtahu jugak kita rujuk kepada yang lebh pakar mcm abg rani...hehehhe
Read more

MY LENSE : sehari d klcc

Read more

TRAPHY : INTRA NOSTRIL BREATHING.

Teknik Intra Nostril Breathing

Pagi ini kita akan melakukan satu sesi relaksasi yang mana ianya bertujuan untuk memberikan ketenangan pada minda anda. Untuk memastikan sesi ini berjaya anda perlul mengikuti arahan yang diberikan dengan sebaiknya. Pertama sekali, ketepikan semua gangguan, masalah yang sering menghantui hidup anda, hilangkan ia untuk seketika ini. Biarkan diri anda sahaja ketika ini.

Mulakan latihan ini dengan membiarkan diri anda duduk dalam keadaan selesa yang boleh menyebabkan anda berada dalam keadaan yang betul-betul relax. Tarik nafas secara perlahan dan mendalam melalui hidung. Pejamkan mata anda perlahan-lahan.

Mulakan dengan ibu jari kanan dan jejari atas hidung dan hembuskan nafas. Tempatkan lidah anda pada lelangit pada belakang gigi hadapan.

Gunakan ibu jari dan tutupkan lubang hidung sebelah kanan. Kemudian sedut nafas melalui lubang hidung sebelah kiri dengan mengira satu sampai empat.

Dengan menutup lubang hidung sebelah kanan, kepitkan jejari anda pada lubang hidung sebelah kiri. Tahan nafas dan bilang 1 sehingga 16. (sekiranya anda tidak pernah melakukan mana-mana latihan pernafasan, kiraan 16 adalah terlalu lama buat anda. Dalam kes ini kurangkan kiraan ataupun kira dengan cepat . Dengan latihan yang tekun , anda akan dapat meningkatkan kemampuan untuk menahan nafas dalam jangkamasa yang cukup lama.)

Lepaskan ibu jari anda, buka lubang hidung sebelah kanan. Tutup lubang hidung sebelah kiri. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan lapan.

Lepaskan hidung, naikkan tangan kiri dan dengan ibu jari, tutupkan lubang hidung sebelah kiri. Hirup nafas melalui lubang hidung sebelah kanan dengan kiraan 4 dan kemudian kepitkan jejari anda untuk menutup lubang hidung sebelah kanan. Tahan nafas dengan kiraan 16.

Lepaskan ibu jari dan lubang hidung sebelah kiri. Terus kepitkan lubang hidung sebelah kanan. Hembuskan pada kiraan 8 dengan perlahan-lahan melalui lubang hidung sebelah kiri.

Ulang dengan 4 atau 5 pernafasan. Bernafas dengan satu lubang hidung , tahan dan hembus keluar pada lubang hidung yang sebelah lagi. Tukar pula pernafasan melalui lubang hidung yang berlainan. Ini dapat melegakan badan kita dan melegakan aura kita dengan mendapat tenaga yang cepat.

Untuk lebih berkesan gunakan musik latar yang berunsurkan "relaxing music"
Read more

OUTDOOR SKILL : asas ikatan dan simpulan



SIMPUL MATI
>MEMATIKAN HUJUNG TALI
>MENGELAKKAN DARI TEBURAI






SIMPUL ANGKA 8
>PADA HUJUNG TALI
>LEBIH KUKUH DARI SIMPUL MATI
>UNTUK MENYAMBUNG TALI





BUKU SILA
>MENYAMBUNG 2 TALI YANG SAMA SAIZ
>IKATAN KAIN ANDUH






BUNGA GETI
>MENYAMBUNG 2 TALI YANG TIDAK SAMA SAIZ.
>TALI YANG LICIN DAN BASAH





SIMPUL MANUK
>PALING BANYAK DIGUNAKAN
>NAMA LAIN CINGCANG AYAM





TINDIH KASIH
>SEBAGAI BODY LINER
>TALI PANDU UNTUK PENYELAMAT
>UNTUK MENGANGKAT MANGSA
>TIDAK MENCERUT




IKATAN BALAK
>MENGANGKAT BEBAN YANG BERAT.
>SEMAKIN BERAT SEMAKIN MENCERUT





IKATAN NELAYAN
>MENYAMBUNG 2 TALI.
>LEBIH KUKUH







1 LINGKARAN 2 ½ BELIT
>UNTUK MENGIKAT TIANG @ PANCANG
>KUKUH DAN BOLEH DILARAS.



ILMU YANG SEDIKIT JIKA DIAMAL AKAN MENDAPAT BERKAT…….
TERIMA KASIH…………

Read more