welCOme....


OUTDOOR SKILL : asa orienteering

TEKNIK ASAS ORIENTEERING
Tidak kira samada pelayaran, penerbangan, rondaan tentera dan juga orienteering, kemahiran navigasi merupakan faktor yang penting. Kemahiran navigasi akan menentukan:-Samada anda dapat tiba atau pun tidak ditempat yang ditujui.Samada anda mengikuti laluan yang betul seperti mana yang dirancangkan.Kepantasan anda untuk tiba.Peta merupakan satu alat yang utama untuk bergerak dan dibantu oleh kompas. Segala maklumat yang ada dalam peta adalah amat berguna kepada seseorang orienteer di dalam merancang pergerakkan dan menentukan kedudukan semasa bergerak. Pergerakkan dan satu kawalan ke satu kawalan yang lain tidak semestinya dalam satu arah yang lurus iaitu dengan kata lain tidak semestunya mengikut arah kompas 100%. Malah pada satu peringkat dalam landasan mungkin tidak memerlukan kompas langsung tetapi hanya berpandukan peta sahaja.

PERSEDIAAN PETA
Perkara pertama yang patut anda lakukan semasa menerima peta ialah melaras dan menentukan arah utara peta an kompas, ia menentukan kedudukan anda ketika itu.Untuk mengemudikan diri dengan lancer dan pantas, anda perlu sentiasa melaras peta agar cirri-ciri di atas peta selari dengan cirri-ciri yang sama di atas tanah. Bagi membantu anda berlari dan pada masa yang sama mengetahui kedudukan anda, sebaiknya peta dilipat sekecil yang boleh hanya mempamirkan laluan yang anda ikuti. Peta hendaklah dipegang dengan tangan kiri ibu jari kiri sentiasa mengikuti dan menunjukkan laluan pergerakkan. Ini akan memudahkan anda sentiasa mengetahui kedudukan anada di atas peta serta mengurangkan risiko untuk sesat.

TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
Bagi mereka yang baru dalam orienteering. Seseorang itu digalakkan memilih laluan yang menggunakan cirri-ciri sebagai panduan pergerakkan di mana cirri-ciri ini adalah sesuatu yang mudah dikenal pasti dan diikuti di atas tanah. Cirri-ciri yang dimaksudkan ini antara lainya ialah jalan, lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya, dimana ia dikenali sebagai cirri garisan (line feature). Kaedah penggunaan ciri garisan ini dinamakan sebagai Teknik Susur Tangan.Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan apakah cirri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan. Pastikan ciri tersebut dapat membawa anda seberapa hampir ke titik kawalan yang anda tuju ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan anda walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.Hanya dalam beberapa keadaan sahaja yang anda akan menemui satu cirri garisan yang akan membawa anda benar-benar hamper ke titik kawalan yang anda tujui. Oleh yang demikian terdapat di dalam beberapa keadaan yang lain, anda perlu memilih dan merancang menggunakan beberapa siri garisan dalam sesuatu peringkat larian

TEKNIK-TEKNIK SASARAN
Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan sebagai.Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkanApabila anda tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, anda perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian anda perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut. Anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.Ciri Rujukan /sasaran sebelum tiba di titik kawalan.Selain dari menjadi titik sasaran sebagai panduan tempat untuk mengubah laluan, titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hamper tiba di titik keadaan ini perlulah yang agk hampir dengan sesuatu titik kawalan .Elakan menggunakan banyak ttik-titik Sasaran di dalam setiap peringkat pergerkan anda kerana melengahkan pergerakan.
TEKNIK-TEKNIK SASARAN
Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan sebagai.Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkanApabila anda tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, anda perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian anda perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut. Anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.Ciri Rujukan /sasaran sebelum tiba di titik kawalan.Selain dari menjadi titik sasaran sebagai panduan tempat untuk mengubah laluan, titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hamper tiba di titik keadaan ini perlulah yang agk hampir dengan sesuatu titik kawalan .Elakan menggunakan banyak ttik-titik Sasaran di dalam setiap peringkat pergerkan anda kerana melengahkan pergerakan.

RELOKASI
Relokasi adalah suatu teknik atau prosedur yang digunakan apabila anda tidak pasti akankedudukan sebenar anda atau apabila anda sesat.1. Jangan panik jika anda rasa anda telah sesat.2. Jangan bergerak/merayau-rayau tidak tentu arah.3. Laraskan peta kearah peta utara dan cuba bandingkan corak cirri-ciri yanganda boleh lihat.4. Jika anda asih tidak dapat menentukan kedudukn cuba ingt ciri terakhiryang telah dilaluidan semak didalam peta.5. Setelan 2 minit dan anda masih sesat ,cuba ergerak kea rah ciri garisanyang jelas. Dapat kan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titikkawalan.6. Jika anda risau dan masih ragu-ragu,cuba dapatkan bantuan sesiapa ataubalik ke titik permulaanSatu perkara yang perlu diberi perhatian ialah anda mesti melaporkan diri samada di titik penemat atau titik permulaan sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara

KOMPAS ORIENTEERING
1. Apakah KompasKompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom – Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

2. Kegunaan KompasKompas hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
2.1 Menentukan arah perjalanan
2.2 Menyelaraskan peta
2.3 Mengira jarak jauh
2.4 Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
2.5 Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Bila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.

Lebih pentingkan kemahiran membaca peta dengan tepat daripada menggunakan kompas hanya alat tambahan kepada peta.
3. Menjaga KompasKompas ialah alat yang tepat dan mesti digunakan dengan baik. Ia mesti dijauhkan dari alat-alat besi yang berkuasa elektromegnet kerana jarum magnetik itu akan lari dari arah utara mengnet yang ditunjukkan.(Jarum kompas mengnetik tidak menunjukkan arah utara benar tetapi utara mengnetik). Bila menggunakan kompas, ia mesti dipegang mendatar. Semasa menyimpan atau meletak kompas, jauhkan kompas dari pembesar suara kerana pembesar suara mempunyai kuasa magnetik yang kuat.
4. Bahagian KompasKompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu·
Plat tapak yang lut sinar·
Perumah kompas yang boleh berputar·
Jarum magnetik (di dalam perumah kompas)

No comments:

Post a Comment