welCOme....


OUTDOOR SKILL : pertolongan cemas

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
Menyelamatakan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar dan kritikal.
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang.E.M.S
DRABC
Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
Pastikan mangsa bertindakbalas[R]
Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembat[A]
Pastikan mangsa bernafas[B]
Pastikan nadi mangsa berfungsi[C]
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan
1. Tekan kawasan yang berdarah hingga darahan berhenti 2. Jika darah masih mengalir balut luka debgan kain.3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan
Tanda-tanda:
maklumat dari mangsa
mangsa sakit dengan tiba-tiba
kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air,2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
Terkejut
Tanda-tanda:
badan berpeluh
pucat
rasa nak pengsan
resah
nafas kerap tapi tipis
kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan
Baringkan mangsa
Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
Selimutkan jika suhu badan menurun
Segera hantar ke hospital
Terbakar
Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh
2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
3. Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Rawatan
Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
baringkan mangsa
jangan gerakkan bahagian yang terbakar
beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
hantar segera ke hospital
Melecur
Rawatan
sejukkan dengan air sejuk
jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
rawat seperti mangsa terbakar
Kejutan Elektrik
putuskan hubungan elektrik
periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
rawat bagi terbakar jika ada
Rawatan: RICE
Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
Balut tempat yang cedera [Compression]
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
Hantar ke hospital
Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.
Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.
Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan: 1. Berikan rawatan 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.

No comments:

Post a Comment